Isnin, 24 Januari 2011
Percutian manis untuk diingat
Langkawi..mungkin bagi sesetengah orang ianya tidak ada apa-apa yang istemewa, tetapi bagiku amat bermakna. Kami bercuti juga pada penghujung Disember 2010. Itupun setelah anak-anakku mendapat keputusan UPSR dan PMR yang cemerlang...Pada mulanya percutian dirangcangkan di lokasi jauh dari Malaysia...namun masa dan keadaan tidak mengizinkan. Di Langkawi, aku dapat merasakan keistemewaan suamiku Yusoff. Yusoff amat penyabar melayan lima orang anak-anaknya walaupun di kepalanya berserabut dengan tugas yang tak habis-habis. Banyak tempat yang kami pergi..namun rasa tak puas . Tasik Dayang Bunting, antara tempat yang paling aku suka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan