Isnin, 31 Januari 2011
Kuiringi doa buat anakku tersayang.
Meniti hari untuk ke Bukit Mertajam...jiwaku dirobek keresahan. Namun semuanya demimu anakku yang tersayang...ibu rela berpisah sementara denganmu demi memenuhi keperluan pendidikanmu...7 Februari 2011, pendaftaran di SM Sains Syed Sheh Shahbudin .
Khamis, 27 Januari 2011
Cikgu Rohani Othman: Manisnya coretan lara
Cikgu Rohani Othman: Manisnya coretan lara: "Hidup ini penuh dengan keajaiban. Aku tidak mengerti mengapa percaturan begini harus aku harungi. Dulu aku tidak kisah apapun yang terjadi....."
Isnin, 24 Januari 2011
Percutian manis untuk diingat
Langkawi..mungkin bagi sesetengah orang ianya tidak ada apa-apa yang istemewa, tetapi bagiku amat bermakna. Kami bercuti juga pada penghujung Disember 2010. Itupun setelah anak-anakku mendapat keputusan UPSR dan PMR yang cemerlang...Pada mulanya percutian dirangcangkan di lokasi jauh dari Malaysia...namun masa dan keadaan tidak mengizinkan. Di Langkawi, aku dapat merasakan keistemewaan suamiku Yusoff. Yusoff amat penyabar melayan lima orang anak-anaknya walaupun di kepalanya berserabut dengan tugas yang tak habis-habis. Banyak tempat yang kami pergi..namun rasa tak puas . Tasik Dayang Bunting, antara tempat yang paling aku suka.
Langgan:
Catatan (Atom)